Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Ulam-ulaman Baik Untuk Kesihatan.

Assalamualaikum.
Start semalam, Khamis 24hb Sep, restoran kami mula beroperasi pagi dan tengahari. Pagi tu belum ada pelanggan lagi. Yelah kami pun terlambat buat promotion dekat page FB, plus orang belum tau lagi kedai ni nak bukak pagi dan tengahari jugak. Kalau malam tu dah ramai yang tahu.
Takpelah. Nanti 2, 3 hari lagi orang akan aware jugak. Yang aku nak cerita sekarang ni pasal lauk pauk tengahari. Kami menyediakan lauk-pauk selera kampung. Belum ada menu special lagi macam nasi kukus ke, nasi ayam ke. Cuma da lauk-lauk kampung. Tapi yang aku nak update ni pasal ulam-ulaman. 
ULAM
Yes, aku memang hantu ulam. Bila aku pergi restoran yang ada sediakan macam-macam pilihan ulam, tambah pulak dengan budu, sambal belacan, tempoyak. Pehh. memang aku akan ulang-ulang datang kedai tu. Dari situ lahirnya impian kalau aku dah bukak kedai makan sendiri aku nak letak segala jenis ulam-ulam yang best-best.
Dan hasilnya......Tadaaaa.....
Ni lah ulam-ulaman yang ada kat kedai kami. Daun dalad, pucuk jambu, pucuk putat, kacang botor, petai, timun dan ulam raja. kan datang nak tambah banyak lagi. Pucuk ubi, nangka celur, terung bakar, daun pegaga. Lagi, any suggestion?

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol