Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Pasang Asterok Kat Kedai

Rentetan dari dilema kami nak pasang Astro dekat kedai kami minggu lepas, maka untuk beberapa waktu ni kami teruslah pasang movie guna projektor dan skrin putih tu je. Tapi petang tadi, tetiba je ada 2 orang budak ejen Asterok ni datang offer pakej-pakej yang available untuk kedai-kedai especially kedai makan ni.
Nampak agak menarik jugak pakej diorang ni plus channel sport ni sangat penting untuk tarik pelanggan kat kedai makan. So, nak tak nak kami decide untuk amik jugak pakej ni. Agak berbaloi aku rasa sebab dapat 4 channel sport. Memang la consider murah amik pakej camni daripada kita nak pilih channel tu satu persatu, tapi bagi aku still mahal lagi. Yelah, kedai kami pun baru je bukak. Like I mentioned before, bolehlah daripada kena RM300 untuk satu channel. Untuk RM227.90 ni kami dapat semua channel kat bawah ni dan diorang suggest kami tambah channel FOX 413 untuk latest movie. RM40.00 regenye. Jadi total RM267.90. Pandai korang kan. Sepatutnya tarukla sekali channel movie tu dalam pakej ni. Takkan orang hari-hari nak tengok sukan dengan berita dengan binatang jek. Sekali-sekala mestilah nak tengok movie jugak.
Lagi satu, kalau kita nak register pakej ni, kena ikat kontrak 2 tahun. Homaigad, kedai pun baru bukak tak sampai sebulan, sape pulak yang cerdik nak ikat kontrak sampai 2 tahun nih? Kalau kita terminate before 2 years, kena bayar penalti. Tapi, kalau taknak ikat kontrak, kena bayar sebulan deposit iaitu RM267.90. Korang nampak tak permainan dia?
So now you know why I call this so called Astro as Asterok. Kiri ke, kanan ke, dia tetap nak ngap kita jugak. Monopoli lah katakan. If I have better choice, jangan harap aku nak langgan ko Asterok!

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol